23 October 2011

Bila Ku Sedari Diri Disayangi..

Satu hari, masa tengah otw gi kelas, kawan aku nyanyi lagu "Bila Diri Disayangi -Ukays"
Aku suka lagu tu. Mai tang korus 'bila ku sedari diri disayangi, langkah kaki ini semakin berani, bila ku keliru.. lalallala' *sambung sendiri
Pastu kawan aku cakap,
Miss M : Eh awk tau x, abg saya cakap, tu lagu ketuhanan tau.
Miss S: Oyekeh? Tak penah tau pun.
Miss M: Meh dengar lirik dia betul betul..
*Muzik dimainkan...



Oh.. syahdu beb. Kenapa aku baru tau. Padahal aku suka nau nyanyi lagu ni.. Dehh


Ni lirik + full version. Karok jom!



# Aku peminat budak dua orang atas tu. hahak. :B

21 October 2011

Miss S dan Pakcik Z

7.40 pm, bas USIM.
Demo.

Naik bas magrib2 ni, baru nak balik ke kolej dari kuliah. Pastu naik la bas pakcik ni. Let say Pakcik Z. Aku suka naik bas dengan dia sbb dia banyak cakap. Tapi, dia bukan just cakap kosong. Dia cakap benda yg ada isi. Seronok dengo. Ingat lagi, first time aku naik bas pakcik Z ni dia cita pasal masalah pakcik2 bas kat USIM ni, pastu dia kait dengan solat, kait dengan hubungan sesama manusia.. Macam2 la dia cerita. Dok dlm bas satu jam ngan dia (sebab g meronda satu USIM. x reti2 nak turun) macam dok satu hari. Banyak benda dia share. Oke, kenapa aku cerita pasal pakcik ni lebih2?? -..-

Aku duduk depan - dekat ngan pakcik Z [bas penuh sgt, so aku dok kat dashboard + dekat ngan tempat driver tu]. Borak borak la sket ngan pakcik tu (nak kasik intro ja sebenaqnya). After dia berenti dekat satu  bus stand, berlakulah dialog..

PakCik Z: Sebenarnya kan dik, susah tau nak carik pempuan yang cantik yg betul2 cantik, cantik yg datang dari hati. 



Miss S: Oyeke pakcik? Haa sy x fahamlah orang cakap centu. Cane tengok ha. Setau sy klo orang tu cantik, haa memang cantik la kan.

PakCik Z: Betul dik, ada orang cantik, tapi bila kita tengok dia, lepastu macam hemh x nak tengok dah. X dek seri. Sebab pe tau, cantik tu dia datang dari hati. Kalau hati kita cantik, naik ke muka. (Maksudnya cantik dalaman la). Kalau tengok cantik dengan nafsu, memang la semua cantik.

Miss S: O centu.. (sungguh2 aku angguk) *maknanya aku tengok orang cantik dengan nafsu ke?? aiyakk~

Pakcik Z: Biar la orang tu gelap ke, hidung kembang sket ke, bibir macam (sambil buat gaya bibir tebal) ke, tapi kalau hati dia cantik, kita tengok pun manisss je. Rasa nak tengok lagi..

Miss S: Ooo yelah an. Orang cantik ramai skang ni.. 


Pakcik Z: Sy sebenarnya tengah mencari utk kawan sy, dia duda anak satu. Tapi dia ni cerewet. Laki, klo cerewet susah dik.. Dia ni pandai bekemas, bab2 memasak memang dia pandailah. Jadi, klo yg jenis cerewet ni, dia nak isteri yg lebih pandai bekemas + memasak dari dia.. Macam sy la dik. Sy cerewet.



Miss S: Eh susah la macam tu pakcik. Emm cane nak tau eh orang laki tu cerewet ke x?? (aku mula nak buat perangai curiousity ni... aiseh)

Pakcik Z: Laki tu suka bekemas, dia jaga bau badan dia, pastu x suka sepah2, dia suka yg wangi2 jeh... Kalau sepah, mulut dia bising. Potpetpotpet. Blablablaaa.. (Sambil tu aku dah tebayang2 muka adik aku. Peghh dia kategori cerewet rupanya!). 

Miss S: Habistu pakcik cerewet macam mana?

Pakcik Z: Tengok la, balik rumah klo sepah2, sy bisingla.. Hishh sy bisingg.. potpetpotpet sy.. (aku rasa, xyah tengok sepah2 pun, mulut dia memang bising. HAHA. ramah la katakannn..)

*Tetiba ada keta lalu potong bas yg aku naik tu..

Pakcik Z: Ha! Tu isteri sy la tu! Panjang umor dia.. (agaknya dia tengah thinking of his wife kot). Ha dia nak jumpa sy la ni.. Kejap eh dik. G jumpa my love kejap.. (budak pempuan yg dengo tu dah sorak2 dah.. suka lak kitorang. Hahaha)

Beberapa minit lepas tu..

Budak lain: Eh pakcik kejapnya? Pakcik buat ape jeh?

Pakcik Z: Pakcik g bagi kad bank.. Nak g syoping2 la tu.. (Siyes sweet. auu) Sebenarnya kan dik, seronok tau kalau kita keja keras2, pastu bagi duit kat isteri.. Hishh seronokk.. (budak puan lain mula la sorak2 lagi, sambil cakap "hishh ni laki kena dengar ni.. ahhaaha")

Miss S:  Pakcik dah lama kawen?

Pakcik Z: Dari taun 2001. Pakcik kawen umor 24 taun. Kawen awal la best. Tapi ramai skang kawen awal, cerai sana sini. Sebab pe tau, sebab x pegang agama. Kalau x pegang agama, bila cerai, x behubung dengan Allah. Sebab tu la senang2 je nak cerai.. Blablablaa (Tips kawen plak.. heheh)

*Henpon aku bebunyi.. hishh kacau betul. Tapi pakcik tu tengah cakap2 lagi.. bila aku letak fon, bas pun da selamat sampai ke destinasi. Hmm rasa cam x nak turun plak. Nak dengo lagiiiii!! :(


Konklusi : Memang cantik yg datang dari hati tu susah nak cari.. Tapi sebenarnya kan, nak carik orang macam pakcik ni pun susah.. Bertanggungjawab. Walaupun kerja sbg pemandu bas je, dia still kerja keras utk kesenangan isteri dia. Dan dia cakap itu SERONOK! wau. Bukan nak highlight 'kena kerja keras utk isteri' tapi nak tekankan yg lelaki bertanggungjawab (dlm rumahtangga) tu susah nak jumpa. Kalau ada pun, biasanya dah berpunya.. Macam pakcik ni lah. Hehe. And lagi satu, biar kita keja apa pun nanti, agama tetap nombor 1. Tu yg aku nampak kat pakcik ni. Thumbsup! n(^.^)n

23 September 2011

Dialog Ringkas

Miss S : Emm.. akak still join usrah?

Miss U : Haah. (senyum)

Miss S : Hm. Semalam ada akk tu mesej sy, ckp nak taaruf blablablablaa tapi sy blablablablaa

Miss U : Ala awk join jeh.. G sket2 pun jadilah. Daripada x dek langsung.

Miss S : Ha tu la. Sy lately rasa da makin lost la. Hmm

Miss U : Ala x peh. Kalau kita nak, ada la jalan Allah tunjukkan. Kalau kita xnak, ada jeh alasan kita bagi..

Miss S : Haah. Lepastu, walaupun ada jalan depan mata, kita pulak yang saja tutupkan jalan tu. -.-

"Kalau kita nak sesuatu kebaikan tu, Allah akan tunjukkan. Tapi jangan kita pulak yg sengaja tutupkan jalan kebaikan tu.."

Sekian,

Bicara dengan hati

23 August 2011

Marriage : siri 3


Salam alaikum. Timo kaseh sudi klik kat entry kali ni. :) Quite panjang, makesure u have time to read this. ;)

Dah jadi kebiasaan bagi group ni, members membincangkan topik kawen2. Bukan sekali dua tapi sejak aku join group ni lagi. Since 2006. Yeah masa tu baru form 4 dah sebut2 pasal kawen. HAHA.

Teringat pulak aku penah pegi satu forum Aku Terima Nikahnya. Meh nak share sket antara point yg aku dapat. Takla banyak tapi ni point yg buat aku befikir dan fikir dan fikir dan fikirr dan zzzzz...

Ust Zaharuddin punya point.

Dari awal lagi, ikhtilat mesti jaga. Calon yg baik, datangnya dari suasana yg baik (ni aku tambah. hasil dari pemikiran + pemerhatian). Macam mana tu?

[a] Tundukkan pandangan. Atau lebih ditekankan oleh ustaz tu sendiri, sebahagian pandangan. Sebahagian? Macam mana la pulakk.. Sebahagian tu, maknanya pandangan yg menaikkan syahwat la. Meh la kita masuk contoh. Katakan kita ni ada grup diskasyen, yang campur laki puan. Laki tu dia x leh tengok muka puan tu, mesti dia rasa nak cium jeh. So, xyah la tengok or tenung muka puan tu banyak kali. Tengok la tudung dia ke, kasut dia ke etc lah. Oke? HAHA over pulak contoh yg aku bagi. Lantok ler. Asalkan kome paham.

[b] Elakkan bersentuhan termasuk berjabat tangan. Ni bagi yang belainan jantina lah. Hoho. Janganlah hangpa sengaja pi tepuk tepuk belakang dia ka, tepuk tampor lengan dia ka pa pun lah. *Teringat pulak masa aku tengah tengok tv dgn makcik aku. Cita Nora Elena. Masa tu babak si suami pujuk isteri. Ofkos la peluk kan.
Then makcik aku tu cakap, "Eh.. dorang ni x rasa apa apa ke? Sedangkan klo sentuh gitu gitu pun, leh stim tau! " Dengan muka tekujat, aku jawab "Ha? Yeke? Macam tu ke? Err.." Makcik aku tu dah kawen, sebab tu dia cakap gitu kot. heh.

[c] Tidak berdua-duaan. Alah, ni semua tahhu. Bila berdua, mesti ada yg ketiga, iaitu kumpulan Ultimate. Hehe. Tak tak. Mestilah syaitan jadi benda yg ketiga tu.

[d] Wanita jaga cara bercakap. Tidak melembutkan/melunakkan suara. Rasanya tu orang tahu. Ehh jap jap. Habistu orang yg sejak azali azlan suara memang lembut nak buat gane? Haa.. caranya, tak yah becakap. Diam ja. Memang mulut hangpa dicipta utk diam. Heheh idak ler.. Memang lah suara lembut, so kita cakap dgn nada yg besahaja. Tu ja.

Last point beliau yg menarik : Orang perempuan mahukan kesetiaan, penghargaan, pengisytiharan dalam sesebuah perhubungan tapi orang lelaki mahu seks. Allah faham keadaan ini, sebab tu ditawarkan ganjaran bidadari bagi orang lelaki tapi orang pempuan tak ditawarkan bidadara! (hahah. oke, bidadara xdak, tapi wildan ada. hehe)

Imam Muda Hassan pun bagi point jugak. Tapi dia cakap awal, "Saya ni x kawen lagi, jadi x pandai la nak lebih2.." Haha. Paham tu, jgn risau, sy pun x kawen lagi. Kehkeh :B


Soalannya : Macam mana nak bedepan dgn cabaran masa kini.

[a] Pendidikan bermula dari rumah. Apa-apa pun, memang ibu bapa memainkan peranan penting. Sebab ibu bapa tu yg mencorakkan peribadi anaknya. *Oh teringat lagi. Guru besar tadika kat tempat aku kerja becerita dgn salah sorang cikgu kat situ, "Budak tu kasut dia hilang, ayah dia marah marah kita kat sini. Hishh x beradab betol. Nak anak ada adab tapi dia sendiri.. hmm. Nasib baik mak dia datang tadi mak dia mintak maaf. Mak dia tu oke sket.."

WH penah bekata : Nak beranak senang, suma leh beranak. Nak mendidik anak tu yg susah. Gulp!

[b] Solat tiang agama. Beliau kata solat itu amat berat melainkan orang yg kusyuk. Huh. Nak kusyuk tu bukan senang wo. Kata beliau lagi, kita kena yakin yang solat tu mencegah kemungkaran. Kalau kita tak yakin dengan solat kita, so how?

[c] Disiplin tu penting. Katanya, 'dunia ini penjara bagi orang mukmin' . Ni tak bole, tu tak bole.. Hoho. Biasa la kan. Jalan ke syurga bukan senang. Kalau senang, dah aman dah dunia ni sebab suma orang jadi baik. Hehe.


Oke, move on..

Ustazah Mumtaz pulak bebicara,

[a] Status ketaatan seorang wanita bertukar hanya dengan perkahwinan. Dengan lafaz 'aku terima nikahnya', segala tanggungjawab ketaatan berpindah (sebelumnya taat kpd ayah/ibu, selepasnya taat kpd suami pulak) tetapi akan terlucut hanya dengan lafaz ' aku ceraikan kau' . Hoho. Mendalam nih. -.-

[b] Allah mententeramkan Adam hanya dengan seorang wanita, bukan 10 org lelaki, bukan jugak seorang kanak kanak tapi seorang wanita. Ni menunjukkan yg lelaki dan perempuan itu complementary each other. :)

dan..

[c] Nak solat kena belajar wudhuk, nak dapat kerja elok kena pegi sekolah tapi... nak bekeluarga kena belajar kat mana? Huhu. Perlu kita ingat, perkahwinan itu bukan mudah. Sebab tu kalau boleh, parents kena persiapkan anak utk hadapi perkahwinan.

*Lepas tu ada audiens tanya, "Macam mana kita nak cakap kat makpak yg kita ni dah ready nak kawen tapi makpak asyik ragu-ragu ngan kita..?"
Ustazah ni jawab, "Kita tunjuk, buktikan kat makpak yg kita ni dah besedia. Ni tidak. Mak kat dapur, kakaknya dok dalam bilik dok balas sms, tetiba keluar bilik ckp 'mak! nak kawen!' mana x tekejut mak tu.. So, buktikan kat makpak, baru mereka yakin yg kita dah besedia.." Ada lagi contoh lain beliau bagi tapi ni yg paling senang nak simplify. Hehe.


# Bila cakap pasal kawen, memang la seronok. Tapi bila aku pikir2 balek kan dengan makpak pun aku blom bejaya nak jadi anak yg menyenangkan hati, apatah lagi dengan suami nnt. Bole ke aku jadi isteri yg penyejuk hati? Then aku jumpa pulak artikel pasal penyejuk hati ni. Ohhh sgt menyentuh pasaan.





21 August 2011

Karok Oke Tak?

Dok melalak sorang sorang, tepasang lak lagu ni.



Cuba swicth mind hangpa, anggap ni lagu berunsur ketuhanan. ;)

17 August 2011

Our Parents Are Not Real Parents

Ha? Pa yang aku repek2 tittle tu? Aiseh..

Eh. Sat. Assalamualaikum. Hehe ;)

Satu hari, aku pi la follow mak aku pejumpaan dgn member2 skolah dia dulu. So dipendekkan cita, depa buat usrah. Dengan x semena mena, aku tumpang tadah telinga la. Ala orang tua tua (eh. bukan. orang berusia. :P ) punya pengalaman kan banyak, best wo dengaq cita depa ni..

Oke. Bebalik pada tajuk di atas. Aku tertarik dengan point salah sorang member mak aku kat situ.

Anty S : Budak budak sekarang ni, kuat melawan tau. If kita (means : makpak) marah dia, we need to explain pasaipa kita marah. Kalau tak, dia tak nampak mana salah dia, dia marah kita balek.

(dalam hati aku kata la 'tau xpa' ) hehehhe

Anty N : Betui tu. Skang kan generasi Y. Bukan cam kita dulu, kena marah, kita ikut. Zaman kita tu zaman generasi yg obidient. Not complaining too much bila kena marah. Ikuttt jaa. So obey.

Anty S : Sebab apa tau, zaman skang ni kan, banyak pengaruh luaq. Jadi budak budak ni lagi suka ikut pengaruh luaq tau dak. *kening aku dah kerut kerut weh. Muncung aku pun cam nak ke depan dah.

Anty S sambung lagi.. "Budak budak tengok cerita omputih. Omputih banyak tunjuk anak anak lawan makpak. Terlalu berani suarakan isi hati. Depa ikut saja la. Ingat benda tu boleh. Nak petahan hak la katanya.."
Makkkkkk!! Buat apa marah sayaaaa!!!
>gambar ini ihsan dari Mr. Gugel<

Aku x bapa paham. So aku rewind balek. Teringat quote my mak 'cara kita dibesarkan, mempengaruhi gaya pemikiran kita'

Oke. Aku penah keutarakan quote ni kat group We Are 1992 just nak mintak pendapat la kan. Ada yang x setuju kalau difokuskan ayat ni dengan 'cara dibesarkan' tapi luaskan skop macam di mana dibesarkan, dengan siapa, bagaimana, sekelilingnya apa, etc. Then aku tertarik dengan komen a girl ni. Katanya "X setuju sebab macam aku, makpak aku x ajar aku cakap harsh words tapi aku tiru apek belakang rumah yg slalu maki maki anjingnya, n kawan kawan FB yang suka carut carut. So aku terikut ikut."

Ni la yang dimaksudkan "Our Parents Are Not Real Parents!" :)

Banyak lagi. Aku rasa hangpa leh tau sendiri apa yang hangpa buat, tapi it's not comes from your parents. Kan? Haha

*X la bemakna dia ja yg jadikan benda lain as 'parents' dia. Aku pun ada gak. Eheheh :B

12 August 2011

Masa Kecik2 Dulu


Salam Ramadhan.

Oke. Masuk point terus. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu nak jadi orang besar/dewasa. Sebabnya, boleh marah budak2. Hahaha *evil

Then, bila aku dah besar sekarang, (meningkat umur la i mean), aku tertengok satu episod ni :



Astaghfirullah..

Oke. Mesti ada yg maleh nak tunggu loading lama2 kan? Meh nak bagi sinopsis.

Ni rancangan tv Lau Kana Bainana (Andai Engkau -Rasulullah- Besama Kami). Episod ni bertajuk : Rasulullah dan Kanak-kanak.

Dia buat sorang kanak2, nak tengah beli kat kedai pastu ada org tua potong Q. So kru2 akan terjah la tny blablabla...

Ada satu dialog ni yang buat aku telan air liur

Host : Kalau Rasulullah depan hg, cana?
Peniaga: Oh. Suma orang sayang baginda. Kalau aku nampak dia, aku akan pergi solat. Yes, aku pi solat sebab aku x pernah solat.

Host: Kalau Rasulullah ada dengan hg la ni, pa hg nak buat?
Peniaga: Aku pi salam dia, cium kaki dia. *muka nak nangis

Aku guess tu teguran dari Allah untuk dia. Agaknya la.

Ehh sat2. Aku rasa tajuk aku lain tadi. Haha. Oke, Main point kat sini, Rasulullah tu dengan kanak2 baginda sangat lembut. Macam mana baginda dgn cucunya, dengan kanak2 perempuan and dengan kanak2 lelaki macam mana, semua ada disebut dalam vid tu. Malangnya yg kat atas ni x dak subtitle. T_T

Pertanyaan yg buat aku tergamam : Andai Rasulullah ada di rumah anda, adakah dia redha dengan pelakuan anda tehadap kanak2 sekarang?

04 July 2011

Marriage : episod 2


"Awak, nanti awak bagitau parents awak k.. saya xnak kawan dengan anak dara orang tanpa pengetahuan parents dia.."

"Hm. Susah ni. Kok dikejar sama batang penyapu, naya la.. Dah ready if kita lost contact?"

"Haha. Saya x rasa parents awak nak buat macam tu. Awak dah besar kan.. Xpa. At least bagitaw oke. Rezki Tuhan, klo ada jodoh kita, insyaAllah"

"Oke. Tapi tu parents saya, saya tau lah. Hm nanti lah saya bagitau.."

-------------------------------------------------------------------------------------------------
2 bulan kemudian..

Kereta meluncur laju di lebuhraya. Hanya dua beranak saja. <-- peliknya bahasa aku. kehkeh :P
"Eh, ustaz yang kacau kau haritu, pe cite?"

"Em. X dek cite. Dia da deactive FB dia, so oke la kot. X dek pulak Ipa tanya kenapa.."

"Hm oke la tu. Tu cinta monyet je. Kalau dia betul2, dia akan datang dgn sendiri. Kalau tak, x lama lagi dia lupa la kat kau tu.."

"Em.. bu, cakap pasal cinta monyet kan, bu ingat lagi tak budak yang approached Ipa masa Ipa form 1 dulu? And sebab dia Ipa pindah sekolah?"

"Ahha yer, kenapa?"

(ya Allah, mudahkanlah bicaraku, aku tak mau selindung lagi.. lancarkan lidahku untuk berkata benar.. Aminn)

"Err sebenarnya, dia contact Ipa lagi. Da lama dah dia suruh Ipa bagitau ibu, blablablabla ..."

"Erm. Dia blaja mana skg? Kos apa?"

"Dekat ***** , kos #####. Dia pun ada cakap ngan mak dia, nak tunang bagai. Tapi mak dia suh keja dulu.. Blablablabla..."

"Hmm. Istikharah oke. Kau dengar lagu Saat Lafaz Sakinah tu.. Ibu risau + takut nak serah anak dara ibu dekat orang. Ni lah yang ibu jaga dari kecik, jaga agamanya, ibu xnak orang rosakkan macamtu jeh.. Tunang tu pun, bukan leh suka2 jeh.. Setakat kau tengok dia, kau rasa cane?.. "

Oh ya. Banyak aspek nak ditengok ni.. antaranya :

Thinking33 .. (weh, hgpa kena ambik mood.. haha) *ost cereka ni, full house-why. hehe ;)

1) Agama

"Dia abang dalam family. Ipa rasa dia oke tapi.. Ipa xdek pulak kenal dia betul2 macam mana.. Setakat yg Ipa kenal ni, oke lah. Nampak la dia nak dekat ngan agama tu.. "

"Oke, lagi??"
2) Sekufu

"Macam mana kalau dia sebut 'ala kita diploma jeh, awak tu degree' ?? Tu boleh jadi masalah tau. Yelah kita x kesah, tapi kita x tau dia tu macam mana.."

"Tu lah. Tu Ipa takut jugak. Hmm.."

3) Family

"Family dia cane? Kau rasa oke?"

"Ipa xtau lah ibu. Takut pulak rasanya.."

"Nothing to say lah.. Istikharah jelah Ipa.. Kita akan puas hati. Macam ibu, kadang2 ibu fikir, kenapa jadi macam ni, tapi bila ibu ingat ibu dah istikharah sebelum make this choice, ibu yakin dgn Allah. Ada la sebab Dia buat camtu kan.. So the best way, kau istikharah. Lagi satu, kau jangan bagi harapan kat dia.. "

Kereta pun masuk ke Exit 145. Dua beranak itu mendiamkan diri. Mungkin masing2 berfikir apa lagi seterusnya..

[ cereka semata.. (n_n) ]

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha! dah habih dah feel. Cukoplah setakat itu.

Pointnya kat sini, bila kita kenal someone tu, kita kena selidik dia habis habisan. Sebab bila kita kawen, (eh. cita pasal kawen ke ni? haha) kita bukan kawen dengan dia ja tapi dengan family dia jugak. Di atas ni antara beberapa aspek yang mungkin kita terlepas pandang bila kita dah beriya-iya dengan orang tu. Sebabnya kadang kadang menda2 ni jugak yang boleh jadi punca penceraian.. Oke, cekidaut.

Punca 1 > X ngam dengan parents mentua terutama mak. Family ipar pun skali lah.
Kenapa? Sebab, mak ni sensetif. Yelah, hgpa amek anak dia kan.. WH bagitaw aku, apa2 pun, kena amek hati mak dia. If mak dia kecik hati walau sikit, boleh effect rumahtangga.. Kalau x caya, cuba perhati sekeliling.. Tu pun kalau ada lah.. Hehe

Punca 2 > Kawen tapi x amek kesah tanggungjawab masing2
Ha, ni dah ditekankan dalam entri aku before ni. WH selalu ingatkan aku, kita kawen, bukan semata mata orang tu minat dengan kita. Tu x cukop. Biar sebelum kawen tu, faham tentang tanggungjawab. Tu dulu. Yelah nnt bila gaduh, ungkit jugak menda2 yg kita x suka tu. Alah hangpa mesti teragak2 kan.. Haha tu la, len kali ce tengok drama melayu sket.. Haihla.




Punca 3 > Kurangnya fahaman agama
Hah! Ni sangat penting! Apa2 pun, persiapkan diri kita dengan ilmu agama. X kesah la bab munakahat ka apa ka, yang penting ilmu agama. Terutama hangpa hat laki ni. Nnt dah kawen kena ajaq anak bini jadi orang berguna. If kita faham agama, bukan takat pekahwinan kita pass, yang lain pun sama. InsyaAllah.. :)

Punca 4 > Asas perkahwinan kurang betul
Awat la pulak piah ni.. Hehe.
Pasaipa? Bayangkan, belom kawen kita dah all out kat pasangan non-halal kita tu, nnt dah kawen nak out kan apa lagi? Kata2 romantis? Haih dah habih karang masa becinta dulu.. Laku lagi ka masa dah kawen? ngee~ cek xtaw cek x kawen lagi.. uhuk2. Oke, tu cuma satu contoh. Banyak lagi benda lain tapi x terkeluaq plak la ni.. :|

Punca 5 > Terburu buru
Ha tu diaa.. Dan2 jumpa hat kita suka, teruih nak kawen. Hamboih. Kaji bagi perabih dulu! Nnt nyesai, ha x tau lah.

Oke, ni seteng2 ja.. malas cek nak celoteh lagi. Kering pulak idea tiba2.. :S



kekunci sikit:
WH = Wanita Hebat . ;)
seteng2 = setengah. :D [certain sebenarnya.. hehe]


26 June 2011

Kite Tengok Member Lamee [baca nada budak ngengada]

oke. cukop lah nada nengada dekat tajok ja. sini baca cam normal k.

macam biasa, bila dah terlalu lama on9, dan x tahu nak buat apa, aku pun memulakan aktiviti biasa bagi facebooker iaitu stalking. aku mula dengan klik member2 lama di Kedah dulu. schoolmates aku sejak dari form 1 till form 4. sekolah rendah pun skali lah. pendek kata (panjang x kata), semua2 yang di kedah. opss bukan SEMUA tapi sesiapa yang selalu update ja aku usha. hehe.

ni adalah antara beberapa insan yang aku selalu jugak klik pada gambar2 nya TANPA meninggalkan sebarang komen atau like.

1) Senior tua setahun di smk ***************tutttt [tercensored pulak]
Kenapa lak aku slalu sibok2 tegok pic dia nih? alahaii.. sebabnya, dia skang model. so pic2 dia slalu lah update. and nak tau x, dia dah pandai pose skang. dulu pose2 dia aku x suka tengok. haha. tett~ dah. cukop setakat itu.

2) Kawan2 yang dekat sekolah pakai tudung. (oke, aku tahulah tu rule sekolah. tapi tu rule Allah jugak. -.- )
Yelah. kalian pun mesti akan tengok kan? ha x yah nak geleng2 kepala. aku tahu lah. sebab tu la tugas stalker kan? ha diam. xyah nak nafi2 kan.. Ha, sambil2 aku tengok ni, aku akan ucap Alhamdulillah. eh apsal pulak?? Yelah, sbb Allah masih kekalkan keadaan aku dalam bertudung. tu ja. hehe. tapi at the same time, aku doakan semoga depa dapat hidayah untuk bertudung. oke, yang ni aku tak tipu. siyes! *sambil buat muka siyes. ce buat.

3) Kawan2 yang ada kapel.
Hehe. ni sebab aku nak tengok pakwe/makwe dia hensem/cantik tak. sbb orang cakap (yer, betul. orang yang cakap. aku dengo jeh..) salu yang kapel2 ni, sebab orang tu ada rupa. x pon aku akan tercari2 apa keistimewaan kapel dia tu sampai menyebabkan dia kapel. haah. tu ja tujuan aku. ala nama pun stalker kan. hehe.

4) Orang yang aku rasa nak tahu pekembangan dia skang.
Aku baik pe. Amek tahu pekembangan kawan2. (ala padahal saja bizibodi. aku tau. dah. diam. xyah nak ngomel2). Kadang2 kawan yang dah lama tak dengo kabo, aku carikla profile dia. Ada jugak yang aku nak tahu, tapi sebab aku x add, aku usha gitu2 ja. Kalau profile dia private, aku keciwa lah.

p/s : aritu kan aku jumpa profile kawan aku dia dah tunang. ni bukan gatal2 tukar status kepada engaged dengan someone, tapi memang da betunang. siap dengan gambo majlis lagi. (eh piah ni. macam la kawan hang sorang ja yang tunang.. :| )

5) Orang yang aku suka.
Ha ni tak yah hurai panjang2. Hangpa pun tau. Tak yah nak sengih2. Hang pun buat kan? Alakucikuci. Ngaku jeh. Aku paham.. -.-


Ha stakat ni yang tu ja kot. Kebanyakan aku stalk profile perempuan. sebabnya, macam2 karenah pempwan ni. Laki tak nampak sangat perubahannya. Lagi satu, memang aku suka tengok profile kawan2 lama. Kawan2 baru kadang2 ja tengok. Bila depa post something yang buat aku nak lalu wall depa, then baru aku tengok. Haha. Hangpa plak cana?

11 May 2011

do do.. bodo.. hehe

opss.. bukan ajak bekata yg tidak enak cuma.. satu hari,

Mr J : weh aku.. blablablabla...

Miss S : oh oke.. pe kata klo ko mcm ni .. blablablabla..

Mr J : bukan mcm tu dow.. aku..

Miss S : dow, dow, bodow.. (muka bengang).. nak cakap camtu ngan kwn ko bole, ngan aku, jgn. i am ur sister!

Mr J: err.. ehehhehe (muka slenge)

haa.. ni yg aku nak komplen ni.. skg ni, byk sgt bahasa 'urban' dari mulut kawan2 sebaya kita ni. or lebih tepat lagi, anak2 belia skang.. antaranya,

1) dow *mcm kat atas tu..
menurut pemahaman aku yg x berapa urban ni, dow tu shortform kepada bodow. Am i rite? klo x, betulkan yer.. :)
bygkan, org tgh cakap ngan kita, tetiba "aku nak bli yg ni dow" .. peghh rasa nak pelempang jeh. bole je kot ckp "aku nak bli yg ni lah" kan? x pelu do do.. bodo. huu~

2) bapak lak ai..
uh. macam sempoi jeh dengo org ckp camtu.. tp for me, tak pon. lagi2 kalo perempuan yg ckp.. err x sopan lah sis.. dlu2 adek2 dorm aku mang x sah x ckp ni.. contoh : "aku tgk bdk tu td baju dia bapak selekehh" x pelu lah nak hiperbola sampai macam tu.. bole jeh ckp "aku tgk baju dia selekeh abis.." kan lebih simple dan ermm manis la sket. agaknya la.

3) giler sial!
haa ni lagi ah.. x payah nak cita.. panass jeh. x cun ar bro ckp gitu.. senang2 jeh manghamburkan kata2 begitu.. oh lupa. urban lah piah! (U_U)
contoh lagi : "moto aku mekap baek giler sial!" egt, kita bukan mcm indon, yg salu carut "sialan lo!" hihi. x payah lah.


tu ja la stakat ni yg aku rasa x berapa suka nak dengo / baca ..

bekata yang baik2 tu kan cara nabi Muhammad, bukan susah nak ikut.. cara kita bebicara, menunjukkan hati kita.. klo asek nak cakap sempoi ikut mulut jeh maknanya kita x berhati2 dalam berkata2..

cuba kalian lepak dgn org yg suka cakap lepas, dgn org yg sgt teratur tutur katanya, yang mana lebih menyenangkan hati? jawapan ada pada kalian.. :)

jadi, kita bole buat org senang dgn kita just melalui tutur kata kita jeh.. nanti org tu pun otometik akan jaga tutur katanya bila bebicara dgn kita. bilip mi. (n_n)v

sembang baik2.. skema jeh.. (^_^)

p/s : tiada kata secantik bahasa.. err lagu ni tadak kaitan pun dgn apa yg sy nak sampaikan.. tajoknya shj bekait. huhu.

05 May 2011

Marriage.



"marriage is NOT a fairy tale. with happy ending, ever after.. salah tu tu sebab ramai skg kawen, bila ada konflik, cerai.

marriage is bout life. u promised each other to live together. bagi hidup kita pada dia. tu jugak satu tanggungjawab.."


"i had go through 3 marriages. sampai tetanya2, ada ke lelaki yang boleh pecaya skg ni. ada ke?"

temenung aku dengar she said like that.. ya, org yg dah mkn garam banyak. talk bout pekahwinan buatkan aku semakin gerun dgn alam tu. betul jugak pe beliau cakap. ramai kita misconcept bout marriage. itu BUKAN fairy tale.



"Kawen, bukan setakat org tu MINAT dgn kita, tp tengok either dia boleh jd ayah kpd anak2 kita atau tak. dr segi kebersihannya, agamanya, tanggungjawabnya, suma kena tengok.."

"tapikan, mcm mn kita nak taw, nak kenal?"

"just see it. n lg satu, istikharah. sbb istikharah tu kita minx yg terbaik dr Allah. apa shj Allah bg, kita terima. sama ada dia baik atau sebaliknya, terima jeh sbb kita dah istikharah."

oke. cukop utk buat aku befikir byk kali. Beliau mengajar aku utk menilai org. terutama lelaki. ya, aku xnak pekawinan aku gagal. tp segalanya Alah dah atur kan? tp kita jugak kena usaha.



*oh apasal cita pasal kawen ni? aiyahh~