23 August 2011

Marriage : siri 3


Salam alaikum. Timo kaseh sudi klik kat entry kali ni. :) Quite panjang, makesure u have time to read this. ;)

Dah jadi kebiasaan bagi group ni, members membincangkan topik kawen2. Bukan sekali dua tapi sejak aku join group ni lagi. Since 2006. Yeah masa tu baru form 4 dah sebut2 pasal kawen. HAHA.

Teringat pulak aku penah pegi satu forum Aku Terima Nikahnya. Meh nak share sket antara point yg aku dapat. Takla banyak tapi ni point yg buat aku befikir dan fikir dan fikir dan fikirr dan zzzzz...

Ust Zaharuddin punya point.

Dari awal lagi, ikhtilat mesti jaga. Calon yg baik, datangnya dari suasana yg baik (ni aku tambah. hasil dari pemikiran + pemerhatian). Macam mana tu?

[a] Tundukkan pandangan. Atau lebih ditekankan oleh ustaz tu sendiri, sebahagian pandangan. Sebahagian? Macam mana la pulakk.. Sebahagian tu, maknanya pandangan yg menaikkan syahwat la. Meh la kita masuk contoh. Katakan kita ni ada grup diskasyen, yang campur laki puan. Laki tu dia x leh tengok muka puan tu, mesti dia rasa nak cium jeh. So, xyah la tengok or tenung muka puan tu banyak kali. Tengok la tudung dia ke, kasut dia ke etc lah. Oke? HAHA over pulak contoh yg aku bagi. Lantok ler. Asalkan kome paham.

[b] Elakkan bersentuhan termasuk berjabat tangan. Ni bagi yang belainan jantina lah. Hoho. Janganlah hangpa sengaja pi tepuk tepuk belakang dia ka, tepuk tampor lengan dia ka pa pun lah. *Teringat pulak masa aku tengah tengok tv dgn makcik aku. Cita Nora Elena. Masa tu babak si suami pujuk isteri. Ofkos la peluk kan.
Then makcik aku tu cakap, "Eh.. dorang ni x rasa apa apa ke? Sedangkan klo sentuh gitu gitu pun, leh stim tau! " Dengan muka tekujat, aku jawab "Ha? Yeke? Macam tu ke? Err.." Makcik aku tu dah kawen, sebab tu dia cakap gitu kot. heh.

[c] Tidak berdua-duaan. Alah, ni semua tahhu. Bila berdua, mesti ada yg ketiga, iaitu kumpulan Ultimate. Hehe. Tak tak. Mestilah syaitan jadi benda yg ketiga tu.

[d] Wanita jaga cara bercakap. Tidak melembutkan/melunakkan suara. Rasanya tu orang tahu. Ehh jap jap. Habistu orang yg sejak azali azlan suara memang lembut nak buat gane? Haa.. caranya, tak yah becakap. Diam ja. Memang mulut hangpa dicipta utk diam. Heheh idak ler.. Memang lah suara lembut, so kita cakap dgn nada yg besahaja. Tu ja.

Last point beliau yg menarik : Orang perempuan mahukan kesetiaan, penghargaan, pengisytiharan dalam sesebuah perhubungan tapi orang lelaki mahu seks. Allah faham keadaan ini, sebab tu ditawarkan ganjaran bidadari bagi orang lelaki tapi orang pempuan tak ditawarkan bidadara! (hahah. oke, bidadara xdak, tapi wildan ada. hehe)

Imam Muda Hassan pun bagi point jugak. Tapi dia cakap awal, "Saya ni x kawen lagi, jadi x pandai la nak lebih2.." Haha. Paham tu, jgn risau, sy pun x kawen lagi. Kehkeh :B


Soalannya : Macam mana nak bedepan dgn cabaran masa kini.

[a] Pendidikan bermula dari rumah. Apa-apa pun, memang ibu bapa memainkan peranan penting. Sebab ibu bapa tu yg mencorakkan peribadi anaknya. *Oh teringat lagi. Guru besar tadika kat tempat aku kerja becerita dgn salah sorang cikgu kat situ, "Budak tu kasut dia hilang, ayah dia marah marah kita kat sini. Hishh x beradab betol. Nak anak ada adab tapi dia sendiri.. hmm. Nasib baik mak dia datang tadi mak dia mintak maaf. Mak dia tu oke sket.."

WH penah bekata : Nak beranak senang, suma leh beranak. Nak mendidik anak tu yg susah. Gulp!

[b] Solat tiang agama. Beliau kata solat itu amat berat melainkan orang yg kusyuk. Huh. Nak kusyuk tu bukan senang wo. Kata beliau lagi, kita kena yakin yang solat tu mencegah kemungkaran. Kalau kita tak yakin dengan solat kita, so how?

[c] Disiplin tu penting. Katanya, 'dunia ini penjara bagi orang mukmin' . Ni tak bole, tu tak bole.. Hoho. Biasa la kan. Jalan ke syurga bukan senang. Kalau senang, dah aman dah dunia ni sebab suma orang jadi baik. Hehe.


Oke, move on..

Ustazah Mumtaz pulak bebicara,

[a] Status ketaatan seorang wanita bertukar hanya dengan perkahwinan. Dengan lafaz 'aku terima nikahnya', segala tanggungjawab ketaatan berpindah (sebelumnya taat kpd ayah/ibu, selepasnya taat kpd suami pulak) tetapi akan terlucut hanya dengan lafaz ' aku ceraikan kau' . Hoho. Mendalam nih. -.-

[b] Allah mententeramkan Adam hanya dengan seorang wanita, bukan 10 org lelaki, bukan jugak seorang kanak kanak tapi seorang wanita. Ni menunjukkan yg lelaki dan perempuan itu complementary each other. :)

dan..

[c] Nak solat kena belajar wudhuk, nak dapat kerja elok kena pegi sekolah tapi... nak bekeluarga kena belajar kat mana? Huhu. Perlu kita ingat, perkahwinan itu bukan mudah. Sebab tu kalau boleh, parents kena persiapkan anak utk hadapi perkahwinan.

*Lepas tu ada audiens tanya, "Macam mana kita nak cakap kat makpak yg kita ni dah ready nak kawen tapi makpak asyik ragu-ragu ngan kita..?"
Ustazah ni jawab, "Kita tunjuk, buktikan kat makpak yg kita ni dah besedia. Ni tidak. Mak kat dapur, kakaknya dok dalam bilik dok balas sms, tetiba keluar bilik ckp 'mak! nak kawen!' mana x tekejut mak tu.. So, buktikan kat makpak, baru mereka yakin yg kita dah besedia.." Ada lagi contoh lain beliau bagi tapi ni yg paling senang nak simplify. Hehe.


# Bila cakap pasal kawen, memang la seronok. Tapi bila aku pikir2 balek kan dengan makpak pun aku blom bejaya nak jadi anak yg menyenangkan hati, apatah lagi dengan suami nnt. Bole ke aku jadi isteri yg penyejuk hati? Then aku jumpa pulak artikel pasal penyejuk hati ni. Ohhh sgt menyentuh pasaan.





21 August 2011

Karok Oke Tak?

Dok melalak sorang sorang, tepasang lak lagu ni.



Cuba swicth mind hangpa, anggap ni lagu berunsur ketuhanan. ;)

17 August 2011

Our Parents Are Not Real Parents

Ha? Pa yang aku repek2 tittle tu? Aiseh..

Eh. Sat. Assalamualaikum. Hehe ;)

Satu hari, aku pi la follow mak aku pejumpaan dgn member2 skolah dia dulu. So dipendekkan cita, depa buat usrah. Dengan x semena mena, aku tumpang tadah telinga la. Ala orang tua tua (eh. bukan. orang berusia. :P ) punya pengalaman kan banyak, best wo dengaq cita depa ni..

Oke. Bebalik pada tajuk di atas. Aku tertarik dengan point salah sorang member mak aku kat situ.

Anty S : Budak budak sekarang ni, kuat melawan tau. If kita (means : makpak) marah dia, we need to explain pasaipa kita marah. Kalau tak, dia tak nampak mana salah dia, dia marah kita balek.

(dalam hati aku kata la 'tau xpa' ) hehehhe

Anty N : Betui tu. Skang kan generasi Y. Bukan cam kita dulu, kena marah, kita ikut. Zaman kita tu zaman generasi yg obidient. Not complaining too much bila kena marah. Ikuttt jaa. So obey.

Anty S : Sebab apa tau, zaman skang ni kan, banyak pengaruh luaq. Jadi budak budak ni lagi suka ikut pengaruh luaq tau dak. *kening aku dah kerut kerut weh. Muncung aku pun cam nak ke depan dah.

Anty S sambung lagi.. "Budak budak tengok cerita omputih. Omputih banyak tunjuk anak anak lawan makpak. Terlalu berani suarakan isi hati. Depa ikut saja la. Ingat benda tu boleh. Nak petahan hak la katanya.."
Makkkkkk!! Buat apa marah sayaaaa!!!
>gambar ini ihsan dari Mr. Gugel<

Aku x bapa paham. So aku rewind balek. Teringat quote my mak 'cara kita dibesarkan, mempengaruhi gaya pemikiran kita'

Oke. Aku penah keutarakan quote ni kat group We Are 1992 just nak mintak pendapat la kan. Ada yang x setuju kalau difokuskan ayat ni dengan 'cara dibesarkan' tapi luaskan skop macam di mana dibesarkan, dengan siapa, bagaimana, sekelilingnya apa, etc. Then aku tertarik dengan komen a girl ni. Katanya "X setuju sebab macam aku, makpak aku x ajar aku cakap harsh words tapi aku tiru apek belakang rumah yg slalu maki maki anjingnya, n kawan kawan FB yang suka carut carut. So aku terikut ikut."

Ni la yang dimaksudkan "Our Parents Are Not Real Parents!" :)

Banyak lagi. Aku rasa hangpa leh tau sendiri apa yang hangpa buat, tapi it's not comes from your parents. Kan? Haha

*X la bemakna dia ja yg jadikan benda lain as 'parents' dia. Aku pun ada gak. Eheheh :B

12 August 2011

Masa Kecik2 Dulu


Salam Ramadhan.

Oke. Masuk point terus. Masa aku kecik2 dulu, aku selalu nak jadi orang besar/dewasa. Sebabnya, boleh marah budak2. Hahaha *evil

Then, bila aku dah besar sekarang, (meningkat umur la i mean), aku tertengok satu episod ni :



Astaghfirullah..

Oke. Mesti ada yg maleh nak tunggu loading lama2 kan? Meh nak bagi sinopsis.

Ni rancangan tv Lau Kana Bainana (Andai Engkau -Rasulullah- Besama Kami). Episod ni bertajuk : Rasulullah dan Kanak-kanak.

Dia buat sorang kanak2, nak tengah beli kat kedai pastu ada org tua potong Q. So kru2 akan terjah la tny blablabla...

Ada satu dialog ni yang buat aku telan air liur

Host : Kalau Rasulullah depan hg, cana?
Peniaga: Oh. Suma orang sayang baginda. Kalau aku nampak dia, aku akan pergi solat. Yes, aku pi solat sebab aku x pernah solat.

Host: Kalau Rasulullah ada dengan hg la ni, pa hg nak buat?
Peniaga: Aku pi salam dia, cium kaki dia. *muka nak nangis

Aku guess tu teguran dari Allah untuk dia. Agaknya la.

Ehh sat2. Aku rasa tajuk aku lain tadi. Haha. Oke, Main point kat sini, Rasulullah tu dengan kanak2 baginda sangat lembut. Macam mana baginda dgn cucunya, dengan kanak2 perempuan and dengan kanak2 lelaki macam mana, semua ada disebut dalam vid tu. Malangnya yg kat atas ni x dak subtitle. T_T

Pertanyaan yg buat aku tergamam : Andai Rasulullah ada di rumah anda, adakah dia redha dengan pelakuan anda tehadap kanak2 sekarang?