07 July 2014

Chengdu, Kemboja dan Kemanisan.

Bismillah.

Logo + cover photo FB :)

"Sofeah, Kemboja dengan China tak sama tau. Takde jalan jalan lah.."

Dari awal orang tahu aku nak numpang GISO Kemboja, inilah yang orang selalu pesan. Terutama member dari team Kemboja sendiri. Risau betul deme. 

Sebab tak sama lah iolls nak menyibuk. Kalau sama, baik tak payah join kan. Hehe.

Bila selesai Misi Prihatin 6, orang keep asking me "Mana lagi best?"

Hmm.. yeah ada yang aku kata Kemboja best sebab aktiviti dia lah kan. Terasa ke-GISO-an nya tu. Tapi bila dipikir balik dengan akal yang waras dan bertimbang rasa, aku perasan yang masing masing ada keistimewaan untuk diingati. 

Chengdu, dengan teamnya yang havoc. Hari hari bikin ketawa. Buat kita tak sabar nak melalui keesokan harinya dan rasa macam 'ohh kenapa harini dan malam dan kena tidur..' sebab enjoy every moments with them. Lepastu jaga kita betul betul macam family. Dan banyak berjalan, banyak diberi peluang menikmati keindahan Tuhan yang bikin kita 'MasyaAllah! Ada ciptaanNya yang macam ni!' 

Team Chengdu havoc xD

Kemboja, teamnya ramai perempuan. Ditemani 3 jejaka gagah dan disertai dengan beberapa orang dewasa yang lain. Yang specialnya, ada Nabila Huda. Herher. Aktiviti dia pun seronok. Buat kita berhubung dengan komuniti kampung tu sendiri. Nikmati suasana kampung ala-ala 80an.. Bestlah. Yang extra seronok lagi, kali ni ISA ada 5 orang. Haa xdelah rasa keseorangan sangat sebab ada kawan ISA gegirl. Haha. 

Team Misi Prihatin Kemboja

Satu yang aku belajar, bila kita comparing, raikan perbezaan yang ada kemanisannya tersendiri. Yelah nama pun pergi tempat berbeza, dengan team yang berbeza of course lah banyak benda berbeza. Tapi lagi banyak benda untuk disyukuri kot! Haha

Oke, nak cerita pasal GISO Chengdu dan GISO Kemboja ni kena satu entry yang berlainan. InsyaAllah kita refresh kenangan :)

Sekian, 

9 Ramadhan.
7 Julai 2014.