24 October 2012

Rapuh.

Bismillah.
Sometimes, i'm such a good friend, but most of the time, i'm not.
Sometimes, i try my best to be a good daughter, but most of the time i failed. 

Sometimes, i try my best to be me, but most of the time, i'm unhappy being me. 
Sometimes, i try to be a better Muslim, but most of the time, i'm disappointed with myself. 
Sometimes, i try to be a good student, with great performances, but most of the time, i'm such a loser.

I'm afraid that i'm one of the believers who ungrateful. Astaghfirullah.. 

Checked.



Dear Piah

Focus on happiness, not the weakness.
Too negative make you unhappy.  
Find Him. And you'll be fine.
It's a promise. InsyaAllah.

Lots of love,
Sofeah


Rewind.


Bismillah.. 

Rewind kejap..

Sy dibesarkan dengan suasana universiti. Mak dulu keja kat UUM. Masa kecik2, selalu ronda keliling UUM dengan kakak. Cerok mana pun mesti kitorang pegi. Jalan kaki tau. Sedar sedar dah jauh..

So, masa jalan jalan tu, suka sangat baca poster yg ditampal dekat info board. Ada poster pegi perkhemahan, panjat gunung, aktviti tu, aktiviti ni.. Banyak lah. So masa tu dah minat, dah niat "Nanti masa kat U nak join lah benda benda ceni. Mesti best.." Pastu kalau tengok carta organisasi student, mesti cakap "Wahh macam mana dorang bole pegang post2 macam ni? Bagusnya.."

Tu masa kecik. Bila dah besar, tabiat baca info board tu berterusan. Masa tamhidi dulu, aktiviti yg ditampal semua fokus kat student degree. So memang x aktif lah masa tu. Gi kelas, study (study lah sgt), makan, tido, gelak2, nangis, borak2.. semua benda2 harian. At the same time, masa tu kawan yg amek dip dekat Uitm salu share pasal life dia. Jadi S/U la, orang bg keja itu ini la, join tu join ni la.. Jeles jeh masa tu. Hihi. 

Sekarang dah degree. Cepat2 carik peluang nak join tu, nak join ni.. Walopon kadang kadang penat, tp enjoy. Pastu kang tepikir "Macam mana aku bole minat + terjoin benda2 gini ha?" Tu yang ter-rewind balik aktiviti masa kecik dulu. Alhamdulillah, minat tu Allah taruk sikit sikit sbg persediaan, mungkin. 

Dan tak sangka sy lalui benda yang tak pernah terlintas dalam pikiran pun, tapi pernah berangan utk jadi tu jadi ni.. Rezeki kan. Alhamdulillah..

Dan sekarang, Allah tengah prepare diri sy utk siapsiap menjadi pendakwah. InsyaAllah. Banyak lagi yg kena perbaiki. Doakan. ;)

19 July 2012

Journey to Beetles & Roses

Bismillah..

Sejak petama kali aku tepandang poster 'Beetles & Roses' ..


oke, aku nak pegi!! Tengok tu sapa tuuu....

I just marked the date dalam planner. Tak teringat pun nak book tiket awal-awal. Yela kalau dah jemput AA dengan Wardina, mesti la kena buat kat tempat yang besau. Plus, dia open to public plak tu. Ohh itulah impression aku. So aku abaikan nak tempah-tempah tiket or watsoever lah yang bekaitan dengan talk ni. Yang ku tau, aku pi sana, aku nak masuk dan dengar talk. Hehe

Then kawan aku keep questioning me 'Weh, dah book tiket blom? Book tok i skali. Plisss...' Tapi aku salu lupa so memang x book la kan. HEHE. Tiba-tiba nak jadi cerita, kawan aku remind skali lg. Aku pun dengan slambernya jawab "Alaa kita beli walk-in jelaa.." Then kawan aku desak jugak contact number yang tertera utk tanya pasal tiket. Yang menyedihkan, bila aku tanya, deme kata tiket dah habis! Padahal talk minggu depan! Bila aku bitau my friend, dia kata "Pisang goreng panas kannnn..." Tapi aku macam x sedih sangat sebab mami i dah book tiket utk Prof Tariq Ramadan! HAHA.

Dipendekkan cerita, aku jumpa one sis ni dia tengah carik orang utk replace kawan dia punya tempat. Kawan dia dah beli tiket tapi tak dapat datang. So aku book la tiket yg ada kat dia tu. Rezeki kan? ;) Keesokan harinya, aku jumpa akak tu, dia cakap free lagi 2 tiket so dia suh aku carik kawan sorang. Aku pun grab jela sapa yang ada kat situ. Oke dapat. So kami deal sekian-sekian, and decide jumpa pada hari kejadian. ....

17/7/12

Hari yang ditunggu dah pun tiba.. Kawan aku yang fan 'gila' dengan Aiman Azlan kol aku. Dengan tak semena-mena, aku bitau yang aku akan pi talk Beetles & Roses. Dia punya jeles, peghh... Sebab dia nak gi lama dah tapi no one sanggup saing dia dari Ampang. Bila tiket habis, dia teros cancel plan tu. Siann.. So aku cakap la yang aku akan gi dengan tren. Terspontan ajak dia. Pastu dia tetap risau dengan tiket. Haishh kawan aku niiiii xdek menda lain ke dia nak mikior..

Nak jadi rezeki dia, aku crita kat akak yang offer tiket kat aku ni pasal situasi kawan ku ni. Akak tu kata apa tau? Dia kata, "Eh sure ada tiket sebab kawan akak (yg ke-3) pun tak jadi datang. So memang rezeki kamu la.." Kawan aku apa lagi.. Seronok bukan kepalang la. Yela nak gi jumpa 'kekasih' hati.. HAHA

Sepanjang perjalanan memang excited sangat sebab aku tak pernah naik komuter jauh-jauh semata-mata nak pegi talk. Naik komuter tu penah la. Slalunya gi ngan mami naik keta. Lepas jumpa kat KL Sentral, kami lepak-lepak dulu tunggu akak yang diceritakan tadi..

Dua orang kawan yang berpeluang :)

Kak Aina. Pengoffer tiket

Lepas akak comel tu sampai, kami teros mengarah ke Taylor University. Naik cab. Dalam cab ni la yang hampir kepada klimaks cerita. (hehe rindu komsas :P ) Pemandu cab ni orang Pakistan. Tengah crita pasal Malaysia and kerjaya dia, dia crita yang dia penah kena tipu dengan lady. Lady tu declare dia single so pakcik ni (muda lagi actually -31thn. Rupa ada, not bad.) beli rumah, keta dekat lady ni sebab dah suka sangat and dah decide nak kawen dah pun. Tetiba, dapat tau si lady ni dah bersuami! Polis. Dia salu outstation tu yang bini dia selingkuh (sory, penah jadi peminat sinetron. hehe). Dia siap tunjuk lagi lesen P lady tu. Cantik la jugak.

Pakcik P : Saya sudah kawan sama dia 5 tawun wo.. Tapi dia buat saya macam ni..
Kak Aina : So pakcik dah kawen ke skang ni?
Pakcik P : Itula saya mau kawen sama dia. Tapi dia buat mcm ni pulak..
Miss S : Pakcik, pempuan ni mana bole manjakan sangat dengan duit, harta.
Kak Aina : Haah, lepastu jangan tunjuk sangat yang kita berduit. Memang la dia nakk..
Pakcik P : Tapi kita sudah mau kawen dik, saya pun tak sorok la duit. Buat pa mau sorok, u dah sayang sama dia ..
Miss S : T.T (pokok dek kau la acik.. )

Hmm nampak tak tu? Taksub dengan cinta. Tapi Alhamdulillah, pakcik ni join tabligh skang. InsyaAllah berterusan.. Doakan. :)

Masa utk serbu Taylor U!!

Turun ja dari cab, kawan aku yang fan 'gila' dengan AA tu nampak ayah AA! Bayangkan, dia boleh kenal. Hahah aku rasa macam kawan aku ni dah angau ni. Bukan sebarangan minat ni..

Miss A : Wehhh tu ayah dia! Sana tu mak dia and abang dia! We.. x sangka aku jumpa parents dia....!
Miss S : Weiwei. Sabaq sat. Ayah dia nampak tu.. *sambil tepis2 tangan dia yang tarik-tarik siku aku sebab excited sgt. haha
Kak Aina : Eh kenape? Kenape?
Miss S : Xde, tu dia nampak ayah Aiman Azlan..
Kak Aina : Eh yeke? Mane? Jom tegor dia.. Jom cepat!

Kak Aina teros serbu. Kami folo jek dari belakang.

----------------------------------------------------------------------

Kak Aina : Pakcik, tumpang tanya, talk malam ni tu kat mana eh?
Pakcik Azlan : Talk Wardina tu yer? Ha sana tu tuu.. betulkan awk nak pegi yang Wardina tu kan? *sambil tunjuk tunjuk tempat*
Miss A : Haah. Alaa talk anak pakcik tuu.. anak pakcik..
Pakcik Azlan : ........ Eh mana kamu tau tu anak saya? *sambil muka troll nak kepastian
Miss S + Miss F + Kak Aina : Niiii dia ni!! *semua point dekat Miss A. Hahaha
Moment ni paling best! Sempat la kami begambo dengan deme..

"Alaa anak pakcik tu.. anak pakcik.." Miss A.

Mak & abang dia tengah jalan-jalan amek pic, tanpa disedari pic nya jugak diambik. Haha

Kenangan ;)

His bro tolong snap kan

Malam tu macam yang ditunggu-tunggu..

Aiman Azlan

Wardina - always bersemangat

Intro - DefInition of love from her perspective

Intro - Definition of love from her perspective
Forum ...

Dengan slambernya Aiman tros dudok bawah sbb nak tgk slide
Q&A

Memori utk both of us :)

Haa entry kali ni aku cuma hightlightkan beberapa perkara sepanjang perjalanan saja. Isi kandung talk kalian bole la tengok kat TubeKau.

#Kali ni banyak pulak gambo.. haha. Hari yang sangat unforgetable bukan sebab AA or Wardina tapi sebab pengalaman and memori sepanjang perjalanan.

10 July 2012

Sayangnya, Wajah Itu, ...

"Eh dia la. Baru balek kem ke.. wahh nak tego lah.." Aku sorak dalam hati.
Dia nampak aku. Belom sempat aku senyum, cepat-cepat dia alihkan pandangan. 
'Aish buat-buat tak kenal nampakk... Hm penat kot. Yelah. Penat la tu.'
Aku berlalu. Tetiba mood swing. Aku jalan menunduk. Taknak la pandang orang lain. Muka tengah tak berapa nak ceria ni. Kang nampak orang lain punya jelingan pulak. Hm.
Tapi tetiba aku terangkat muka. One girl depan aku. Dia senyum. Oh my dear! Lega sikit hati. 

 

Selang 2 hari..,

Teserempak lagi. Jauh dia di sudut sana. Mata kami saling berpandangan. Lama.

Niat di hati nak bagi senyuman. Sempat aku senyum 1 inci, dia palingkan muka.

Ouch! Sentap mak! 

'Dengan satu jelingan tu, hg berjaya buat aku moody.' monolog aku dalam hati.

Haih minah ni menyampah betul dia dengan aku. Pebenda la yang aku buat sampai dia sanggup paling muka dia dari pandang muka aku ni. Pe? Tak cukop cantik ke? HAHAHA

Aku cuba tak pedulikan bayangan jelingan tu. Tebayang-bayang depan mata tau tak! Hadoi. 

Aku sambung perjalanan. Pegi cafe. Nampak satu lagi orang ni. Dari jauh nampak macam dia pandang aku (actually dah bertentang mata dah pun) aku pun mula senyum seinci. Dia alihkan sikit mata dia, pandang tempat lain. Ohhhh mak sentap lagiiii! Baru seinci mak nak senyum belom 6 inci lagi! 

Aku kecewa lagi. 

Sometimes aku a bit dissapointed dengan orang-orang macam ni. Ni bukan kali pertama pun sebenarnya. Mula-mula aku usaha jugak la positipkan minda, hati, pikiran dan segele-gelenya tapi yeah, kita tetap tak bole nak tipu hati sendiri kan? Deep in my heart, aku kecik hati dengan deme. Yer, mungkin kecik sebabnya - tak nak senyum -  but the thing is, janganla sampai palingkan muka dari kita. Obvious oke. Aku cuba dari tadi nak hilangkan bayangan jelingan deme tapi.. Sebab tu kot terhasilnya blog ni malam ni. He. Kata orang, kalau sampai dia palingkan muka dari pandang kita tu maknanya menyampah betul dia dengan kita. Hmm fikir fikir fikir... Wallahualam.

Tak salah pun nak senyum, sebab sama gender kan? Lain la kalau deme laki, aku senyum, deme tak nak pandang aku tak kesah. In fact, dengan kawan-kawan lelaki pun aku tak reti nak senyum. Err..

Sayang seribu kali sayang, senyuman mereka hanya terhad kepada beberapa orang shj. (Mungkin)

Sayang sejuta kali sayang, ukhwah sesama kita pun tak mau dibina. Kalau la deme tau senyum tu pemula ukhwah, mesti manis kan bekawan dengan deme. 

Sayang semilion kali sayang, muka yang manis tu tak ditambah dengan kemanisan senyuman. 

Sayang setrillion kali sayang, muka anda tanpa senyuman tu berjaya menjauhkan diri sy dari anda. 

Mereka unexpected. 

Yeah. Mungkin harini deme macam tu. Esok lusa oke la tu. Hm. Mudah-mudahan. 

 
# Nampaknya aura positif aku tak cukop kuat dan tak berjaya disebarkan kepada orang lain. Practice lagi yer Cik Piah.. ;)


11 April 2012

Pesan Bunda #1

"Orang yang berjaya tu, mana ada main-main sangat dalam hidup dia. They are serious you know. Ce ko compare members dalam group Sahabat ILuvIslam USIM, Sahabat Aqsa USIM.. ade dorang main-main? Mana ada kan..?"

Prangggg~ (bunyik kaca pecah). Oh teretak pulak hatiku. Yelah. Aku ni nak compare ngan depa memang err macam A dengan Z la kan. Jauh sangat! T_T

But, bila aku tenung-tenung balik orang-orang yang serious tu memang. Memang they have their own charisma. Buat kerja memang supsapsupsap, siap! (cepat la maksudnya) Kalo handle-menghandle program memang kaw-kaw punya. Mana la ada nak begurau sangat. Yelah kalau bergurau ja manjang bila pulak keja nak habis kan.

Ada kawan aku sorang, aku salu geram dengan dia sebab dia sangatlah suka merepek-makan-kerepek dan gaya-gaya yang tak matang. Tapi forsure dia akan jawab "Kalau semua matang, tak indah la dunia. Kadang-kadang kita kena keanak-anakan untuk menghidupkan suasana" .. Yeah. You're right. Sometimes.


#Tapi memang pun la. Becakap yang sia-sia tu kan tak bagus. Bener nggak.

16 March 2012

Saya dan stereotaip [tudung labuh]


 

Tudung labuh. Tudung labuh tu cana ha? Besaq sampai lutut ka, sampai pusat ka apa? Ka tutup menda yang sepatutnya pun dikira labuh? Haishh klo bab-bab tudung ni, tanya 10 org, kemungkinan 8 orang jawapan sama. Definisi hangpa sendiri cana?

I nak share stori masa awal-awal i bejinak-jinak dengan tudung pesyen ni.

 I still remember, masa i form 4 dulu, i 'lari' dari skolah agama. Bila g skolah biasa, my mak x kasik tuko tudung tu. Means kekalkan bertudung labuh. Bila g skolah SMK tu, i ler tudung paling besar. Walaupun kelas aliran agama. Orang cam takut-takut nak bekawan dengan i masa awal-awal datang dulu. Lepastu org cerita dekat i, ada sorang budak, dia dari skolah agama jugak. Tapi dia xdakla pakai tudung macam i pakai tu. T_T 

U know what, bila becakap pasal tudung labuh, mesti kita bayangkan yang baik-baik kan? Yang ikut syariat, yg tau bab agama lebih dari orang, blablabla... I teringat satu peristiwa ni, masa tu musim kemarau. Dah lama sangat tak hujan kat tempat i tu. Lepastu ada la sorang budak ni dia begurau menda tah ngan kawan dia. Dia pun cakap "Aku nak suh si Piah ni baca doa mintak hujan. Cepatla Piah baca.. Pa doa dia tah?" Pastu dia gelak. Pastu dia cakap lagi.. "Piah, doa turun hujan cana? Baca satt.." I senyum ja. I maleh nak layan (sebab i x tau :| ) Dah dia tengok i x respon, dia pun blah. Sejak tu i terpikir 'memang kalau pakai tudung labuh ni, gitu ke? Orang pandang kita macam kita tau serba serbi bab agama, hapal hadis-hadis, hapal ayat quran.. Hmm' I sedih. Sebab i bukan orang yg deme sangkakan. I cerita kat kakak i, nak tau dia kata pa? Gini "Dahtu, belajar la agama banyak-banyak.." Lepas tu i diam. I ni degil orangnya. So paham-paham ja la. He :B

Ada tu i kena kacau dengan classmate i. Dia kata "Eh hampa ni dok pakai stokin tangan siap cekak lagi, ngan tudung labuh-labuh gini, x hangat ka?" Pastu kawan dia balas (yg ex skolah agama tu) "Ala dia kan orang beriman, mana la nak hangatt.." Muka dia x blebla. T_T  I pun dengan spontan terjawab sambil senyum (padahal dalam hati, bedebaq!), "Awat? Hangpa x beriman ka?" Pastu depa truih lari. X kacau dah i. Hehe. Thanx God. <3  I rasa yg i kena ni sikit ja. Sebab bila dengar cita orang lain, lagi teruk. Ada yg suh bukak tudung terus tau. 

Lagi, one girl penah tanya i
"Eh hangpa kat luaq kan, pakai laguni jugak ka? Ka pakai tudung pendek ja? Hat besa-besa tu..?" 
I tegamam. I jawab la "Pakai besa-besa ja.. x la laguni.." 
"Oh yaka.. Ingatkan orang hat pi skolah pakai tudung labuh ni, kat luaq pun labuh jugak.. Kalau gitu x pakai labuh mai skolah pun x pa la.. "
I senyum ja la. Ohh sentap kamek. I baru beberapa bulan pakai tudung labuh g sekolah masa tu.. Adoyai.

Lagi. I pi la skolah lama (skolah SMK ja..) nak amek slip PMR and jumpa kawan-kawan. Pastu dok sembang-sembang la ngan depa. Tiba dalam satu situasi tu,
"Hangpa pi skolah pakai tudung pa wey?" 
"Tudung labuh la. Hat budak skolah agama pakai tu. Mak kami x bagi tukaq.."
"La yaka? Aku x dapat bayang hg pakai tudung labuh mesti lawak. Hahahahah" 
"Laa pa yg lawaknya?"
"Ha la. Muka hg tu dah la kecik, pakai labuh mesti nampak x balance. Tudung labuh kan besaqq.... Hahahaha"
'Budak ni perli rapat noh.. T_T'
Tu hat jenih direct. (Orang Kedah memang style direct pun. So, i pun terikut sama la. I direct jugak tau. Haha. Oke, kadang-kadang.)
Tu la antara bunyik-bunyik yang i dapat bila i start pakai tudung labuh. So no wonder la kan ramai yg bertudung labuh, bole tukaq jadi tudung sependek-pendeknya. Bukan i mempertikai kependekan tudung dengan darjah keimanan ka apa ka tapi nak habaq kat sini, bila kita berubah nak jadi baik walaupun sikit, konpem orang mai kacau punya. Tapi kita kena la ingat yg kekacauan depa tu berlaku atas izinNya jugak kan? Pasai Dia nak uji sejauh mana tahap kesungguhan kita nak berubah tu.

Tu zaman-zaman i baru nak bertudung labuh. I admit la yg i pakai labuh masa kat skolah ja. Kat luaq i pakai besa-besa ja. Bila dah masuk skolah agama masa form 5, jumpa banyakkkk orang pakai tudung labuh. Dah la tu, baik-baik, lembut-lembik, lemah gemalai lagi, akhlak memang la tiptop. Kat situ la i belajar stay pakai tudung labuh luar and dalam sekolah. Malu bila jumpa kawan kat luaq skolah, kita pakai tudung yg x m'imejkan skolah agama (tu just my feeling la sbb baru masuk skolah agama kann...) Tapi, bila dah bertudung labuh ni, kita kena la jaga imej sbb xmau la sebab kita, orang teros berstereotaip dengan budak tudung labuh.. Kan?
Cuba belajar menjadi sweet dengan makcik dua orang tu  =.=
Tapi one day, kawan aku cerita, ada budak laki ni cakap kat kawan kami hat pempuan "Hg ni nak pakai labuh, labuh ja la. Ni sekejap pakai labuh (tudung bulat) sekejap pakai biasa (tudung bidang).."
I tekejut. Budak tu pakai tudung bidang bukannya singkat ka nampak dada ka apa ka. Cuma dia x pakai tudung bulat ja. Tu pun orang petikai. Bila bertudung labuh ni, macam-macam la kan. Means orang perhatikan kita. Hmm..

# Tu baru kait tudung labuh tu dari segi pemakaian, belom lagi dalam kehidupan seharian (ikhtilat, muamalat, etc..) jenuh cek oii... 
Nampak tu.. 

Ni tahap best punya ni. I belom lagi :|




 

09 March 2012

Aku Wanita

Saya wanita. Yes, tolong jangan ragu. Asli ni.

Wanita tu, setiap apa yang dilakukan, apa yang diperkatakan, dan kadangkala apa yang dipakai boleh menjadik punca menaikkan nafsu lelaki. Aku bimbang aku menjadik salah seorang yang 'berjaya' menaikkan nafsumu.

Yes, I admit. Menjadi wanita yang kuat imannya tak semudah membeli coki-coki di kedai. (eh?..) Memelihara diri sebagai wanita solehah juga tak semudah membuka radio.

Maka tolong tolong tolong..

Kadangkala aku sedar dan tahu di mana aku harus tegas. Tapi kadangkala aku gagal untuk berbuat demikian. Hanya kerana aku wanita. Maka, tolong jangan mudah dikau mengambil kesempatan atas ketidaktegasan ku itu.




Teringin pakai purdah. Pray for me yaw ^.^